23.12.08
Bengang...Busan....
22.12.08
wedding and engagement.....

12.12.08
True Love's Kiss
ENCHANTED...lirik nie aku petik dr filem nie..hmmmm....kalau la kita boleh dapatkan apa aje yg kita nak dalam idup nie kan best...alangkah indahnya sebuah fantasi berbanding realiti....
10.12.08
Qurbani....

Ari nie last dah untuk takbir raya...so aku rasa xlwat ag nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha...raya tahun nie macam biasa aje sebab every year pon raya aji kat cnie x dismbut meriah sngat mana xnya cuti pon sehari jerr..kedah kira ok skit sbab 2 ari cutinya...lain lah klu kat klantan n trgganu lagi meriah dri raya puasa kata kawn aku...
As for family aku, cam biasa jerr cuma yang menariknya kitorg smbut raya kat kmpung...so meriah lah skit sebab jmpa sedara2 suma...lgpun pakcik aku buat korban sekor lembut utk arwah2 yang dah meninggal dalam family ktorg...n utk mak aku as diorang punya kakak sulung yang kini menggantikan tmpat sebagai mak diorang....alhamdulillah....
Subhanallah.....
terkezut gak aku tengok...cam xcaya pon ada...bukan apa jelas sgt nampak senyumannya....cuma mata satu lg tue jaaa xbape nak jelas sebab bintang tue x bersinar...yang paling aku pelik, selama nie aku dk tgok bulan sabit tegak jaa...tapi malam tue jadik melintang...memang ajaib...terpegun aku n keajabian tue...itulah kuasa yang xda pada mana2 manusia di muka bumi nie....
1.12.08
Bingkisan Doa
Doa nie sesuai untuk mereka2 yang sedang hangat bercinta atau baru nak bercinta atau tengah tunang, amal-amalkanlah doa nih…
Bingkisan Doa.
Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
27.11.08
Thanks Sis

nie hasil keje berdedikasi sis aku... bersguh2 dia buatkan aku al maklum la adik dia nie xbpe nak creative and inovative...lagi pulak aku nie buta it ckit...so dia la dok ajar aku serba sikit... bloq nie pon dia yg b'sguh2 encourage aku wujudkan...kot2 aku bosan dok umah boleh la godek2 benda nie....anyway thanks sis for this nice and beautiful header...muahhhh
26.11.08
Lukisan Hati Seorang Aku

seorang insan yg dicintai
seorang insan yg menyintai
seorang insan yang disayangi
seorang insan yg menyayangi
insan yg ingin dimilik
insan yg ingin memiliki
aku ingin lukisan itu
corak yg terlakar indah
dengan warna yg mewah
indah sekali lukisan itu
siapa gerangan empunye
pastinya dia insan yg bahagia
dicintai insan yg menyintai
disayangi insan yg menyayangi
dimiliki insan yg memiliki
dikasihi insan yg mengasihi
tergapaikah impian
terlukiskah lukisan
tercoretkah lakaran
terpalitkah warna2
lukisan itu lukisan aku..
realiti yg diadaptasi dr fantasi
yg termetri di imaginasi
terkubur disanubari
kerna ia hanya sebuah lukisan
lukisan hati seorang aku...