CafeMom Tickers

I'm going for holiday ~

Daisypath Vacation tickers

14.2.11

Selamat Menyambut Maulidurrasul...


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal Tahun Gajah yang mana pada tahun nie jatuh pada 15 Februari 2011.

Ironinya setiap tahun pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan forum bagi memperingati kelahiran insan agung ini. Segalanya dilakukan bagi menunjukkan rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam....


Sekadar renungan:
WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA...

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yg haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahasiakan ibadahnya
2) Merahasiakan sedekahnya
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT

Selamat Bercuti & Salam Maulidur Rasul 2011
" 1 Malaysia 1 Ummah "






No comments:

 
template by thecutestblogontheblock.com